Khamis, 14 Mac 2013

Pangkat ATM, PDRM Setara Perkhidmatan Awam


Berkuat kuasa 1 Januari 2013, kerajaan bersetuju pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan Perkhidmatan Awam lain. PM berkata, ia mencakupi skop fungsi tugas, struktur pangkat dan kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM. 

Antara intipati ucapan PM berkaitan perkara ini pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 di Putra Jaya semalam ialah:

  • Koperal dalam ATM dan PDRM yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan atau gred gaji 17 disetarakan dengan gred jawatan atau gred gaji 22 Perkhidmatan Awam.
  • Sarjan yang dulu dalam kelompok gred jawatan 27 disetarakan dengan gred jawatan 29 Perkhidmatan Awam Am.
  • Jawatan Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41 disetarakan dengan gred jawatan 44.
  • Jawatan Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41, diletakkan dengan gred jawatan baru iaitu 46A.
  • Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dalam kelompok gred jawatan 48 disetarakan dengan gred 52  

Menurut PM, kesetaraan ini dibuat bagi memastikan kedudukan ketiga-tiga perkhidmatan iaitu ATM, PDRM dan Perkhidmatan Awam Am sentiasa terpelihara di samping mengekalkan keharmonian antara perkhidmatan. 

Sumber: Sinar Harian


Pelarasan Jawatan dan Gred Gaji Anggota
ATM dan PDRM
ATM
PDRM
GRED GAJI
PELARASAN
(Perkhidmatan Awam Am)
 Koperal
 Koperal
Gred 17
          Gred 22
 Sarjan
 Sarjan
Gred 27
          Gred 29
 Kapten
 ASP
Gred 41
          Gred 44
 Mejar
 DSP
Gred 41
          Gred 46A
 Kolonel
 ACP
Gred 48
          Gred 52

   


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA