Isnin, 11 Mac 2013

Akhirnya Kejayaan Milik Kami!

Assalamualaikum dan salam ceria.

Satu lagi cerita basi daripada ibu namun tetap ingin diabadikan di sini kerana ini adalah antara kenangan terindah semenjak ibu menjadi guru pembimbing Kelab Olahraga SK Temin.

Pada Rabu, 27 Februari yang lalu ibu bersama tiga orang rakan mengiringi 32 orang wakil sekolah ke kejohanan olahraga peringkat zon di Sekolah Kebangsaan Sungai Kiol, Jerantut. SK Sungai Kiol adalah sebuah sekolah Orang Asli yang pernah menjadi tempat ibu berkhidmat selama enam tahun sebelum ditukarkan ke sekolah sekarang.


Alhamdulillah, 31 daripada 32 orang wakil sekolah ibu berjaya membawa pulang sekurang-kurangnya sebuah pingat. Lebih membanggakan apabila seorang puteri sekolah ibu terpilih sebagai olahragawati dan paling manis apabila sekolah ibu turut dinobatkan sebagai johan keseluruhan. Syukur ya Allah..

Akhirnya, segala penat lelah berlatih pagi petang termasuk pada hari cuti membuahkan hasil. Terima kasih atas kerjasama semua pihak; para jurulatih, guru penolong kanan kokurikulum yang sporting dan yang lebih penting murid-murid yang mempunyai semangat yang cukup tinggi.

Tidak banyak gambar yang dirakamkan pada hari kejadian kerana para guru sibuk dan ghairah memberikan sokongan. Walau bagaimanapun sekeping gambar di bawah ini yang dirakamkan pada majlis perhimpunan mingguan pada Isnin minggu lepas cukup menggambarkan kejayaan besar kami.

Kesemua jurulatih pasukan olahraga adalah guru perempuan, namun kami beruntung kerana dibantu oleh dua orang bakal guru lelaki. 

P/s: Olahraga adalah acara sukan kegemaran ibu, malah ibu pernah mewakili sekolah dan maktab, namun nampaknya tiada seorangpun anak yang mengikut jejak langkah ibu.


6 ulasan:

  1. oooh tahniah kepada adik2 ni...hehe semua dapat hadiah ye...mmg kalau sy jadi cikgu pon akan bangga juga tu....

    BalasPadam
  2. Salam
    Tahniah, sekolah daerah setiu, Terengganu baru nak bermula esok. Tuan rumah SMK Bukit Nenas.

    Baru saja membaca entri Geng Bas Sekolah Musim Ke 5
    Salam Ukhwah dari Hootoh Tudia
    Hootoh Blog

    BalasPadam
  3. tahniah kepada cikgu2 dan juga adik2 ni... ^_^

    BalasPadam
  4. Tahniah buat SK temin, tak lupa buat cikgu2nya dan yang paling utama anak2 yg berusaha :D

    BalasPadam
  5. Tahniah Kak ibu, Berbaloi rasanya kan anak didik berjayakan kak ibu,...

    BalasPadam
  6. tahniah buat sekolah dan murid2 yang terlibat... ^_^

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA