Sabtu, 15 Disember 2012

1.2.34 ♥ 1 Safar 1434 Hijrah


Tanpa kita sedar, kita dahpun meninggalkan bulan Muharram dan kini mula menyelusuri bulan kedua dalam kalendar Islam iaitu bulan Safar. 

Jika tiga hari lepas ibu berbicara tentang tarikh cantik dalam kalendar Masihi dalam entri 12.12.12 ♥ 12:12, hari ini kita berkongsi pula satu lagi tarikh dengan susunan nombor yang menarik iaitu 1.2.34 Hijrah.


Tentu ramai yang mengambil kesempatan merakamkan kenangan manis pada tarikh yang unik ini seperti mengadakan majlis pertunangan dan pernikahan. Bukanlah ingin mengagung-agungkan tarikh tersebut kerana ia hanyalah sekadar susunan nombor. Namun, tidak salah untuk berbuat demikian sekadar niat untuk menjadikan tarikh itu sesuatu yang diingati dan tersimpan dalam lipatan kenangan.
  
Ibu nak bercerita sikit tentang bulan Safar dalam kehidupan masyarakat Melayu. Pernah suatu ketika, sewaktu ibu masih kanak-kanak, menjadi amalan masyarakat Melayu mengadakan upacara Pesta Mandi Safar apabila tiba bulan Safar. Orang ramai terutamnya mereka yang tinggal berdekatan dengan pantai atau sungai akan turun beramai-ramai untuk mandi Safar dengan tujuan untuk menolak bala. Upacara ini selalunya dilalukan pada hari Rabu minggu terakhir bulan Safar. 

Walau bagaimanapun, semakin ibu menginjak dewasa, tiada lagi ibu dengar tentang kepercayaan karut ini. Sebenarnya, amalan ini tidak pernah diajar oleh Rasullullah dan tidak pernah diamalkan oleh para sahabat. Janganlah kita terpengaruh dengan kepercayaan khurafat seperti ini. Isikanlah bulan ini dengan memperbanyak amal ibadah seperti bulan-bulan lain juga.

Fakta Tentang Bulan Safar
Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.[sumber]


2 ulasan:

  1. uish..x pernah pulak dgr mitos macam tuh..
    nauzubillah..mintak kita semua dijauhkan..=)

    BalasPadam
  2. hmmm... tumpang baca je. nak tambah ilmu skit..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA