Rabu, 24 Oktober 2012

Sekitar Pertandingan Memasak @ Karnival Gaya Hidup Lestari

Sebagaimana yang pernah ibu ceritakan sebelum ini, sekolah ibu telah menganjurkan Karnival Gaya Hidup Lestari pada 19-21 Oktober yang lalu. Karnival ini melibatkan penyertaan warga sekolah, masyarakat setempat, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan.


Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang tiga hari program berlangsung ialah pameran, ceramah agama, malam dikir zikir, malam bakat, pertandingan memasak, gubahan sirih junjung, kraftangan, basikal lasak, enviro-hunt, 1000 langkah lestari, sepak raga, bola baling, dan futsal.

Ingin dikongsikan di sini detik-detik sewaktu pertandingan memasak. Tiga masakan perlu disediakan oleh peserta iaitu lauk berasaskan ikan, kerabu daripada sayur-sayuran atau buah-buahan dan minuman berasaskan buah-buahan.









 


 


P/s: Ibu tiada di sini pada hari kejadian kerana ada urusan penting di Dungun. Jadi, tiada gambar daripada koleksi ibu untuk ditepek di sini. Terima kasih kepada admin Jerantut Kampungku Group.


6 ulasan:

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA