Khamis, 28 Jun 2012

Dompet Isteri

"Dompet Isteri" begitulah tajuk rancangan Semanis Kurma malam nanti. Pada pendapat ibu, dompet isteri bermaksud isteri yang bekerjaya dan mempunyai pendapatan sendiri.

Insyaallah, moga banyak persoalan yang berkisar tentang tajuk ini akan terjawab nanti. 

Kemas kini

Alhamdulillah banyak ilmu yang dikutip melalui rancangan ini. Antara yang ibu ingat ialah:
  • Suami tak boleh mintak/ ambil duit isteri melainkan isteri sudi memberi dengan rela hati.
  • Isteri yang sudah diberikan keizinan bekerja tak perlu minta izin suami untuk berbelanja dengan duit sendiri. Namun masih boleh minta izin sebagai tanda menghormati suami.
  • Walaupun isteri punya pendapatan sendiri, suami tetap wajib beri nafkah. 
  • Antara nafkah yang wajib disediakan oleh suami untuk isteri dan anak-anak ialah tempat tinggal (rumah), makanan, pakaian, pendidikan dan wang (perbelanjaan)


4 ulasan:

  1. Tak sempat tonton pun Sumaiyyah malam ni tuisyen bahasa arab tapi pandang semua kita isteri bekerja bukankah menolong suami menambah pendapatan rumah, nafkah suami masih kena beri kerana itu kewajipan suami, tapi kalau isteri bekerja lepas tu simpan duit, semuanya suruh suami yang keluarkan tak boleh le macam tu sedangkan kita kerjapun kena minta izin suamikan....

    BalasPadam
  2. Setuju sgt2 dgn mamaQS.. Janganlah berkira sgt dgn suami.. Kalau suami x izinkan kita keluar bekerja melopong jawabnya..

    BalasPadam
  3. Tak tgk pun kak, ruginya. Tapi sy ada tgk gambar yatt dgn ustazah kat fb, cumel..

    pun setuju dgn kak joanna.. :D

    BalasPadam
  4. xsmpt tonton la kak mie...rasa rugi pulak...syukur alhamdulillah krn suami yah xpernah usik 1 sen pn duit gaji yah....

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA