Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Datang 2012

Bersama harapan baru

Tersingkap sudah tabir 2012. Sesungguhnya, hari-hari yang berlalu telah mengusung banyak cerita suka duka yang menjadi warna nyata dalam hidup kita. Biarkan semua cerita menjadi kenangan yang terpahat. Kini tahun baru telah menyingkap tabirnya. Menyambut kehadiran kita untuk terus mewarnai kehidupan. 

Marilah sama-sama kita menuju jalan-jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran serta memperbaiki kegagalan menjadi kejayaan. Bukalah lembaran kisah baru dengan semangat dan keceriaan. Semoga tahun 2012 menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. 


Bagi ibu dan keluarga, tahun 2011 meninggalkan kenangan yang pastinya amat sukar dilupakan. Ibu kehilangan seorang adik, Mohd Fadzil Abdul Rahim yang telah dipanggil mengadap Illahi pada bulan Jun yang lepas. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin... 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA