Sabtu, 28 Januari 2012

48 jam sehari???

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Semalam ibu dapat panggilan drp Pn. GPK 1. Adalah maklumat2 panitia yang perlu dikumpulkan untuk persediaan bagi pemantauan nazir 2 minggu lagi. Jadi, walaupun masih dalam mood cuti, terpaksa jugalah melangkah ke sekolah. Sampai di sekolah, ibu dimaklumkan yang kedatangan nazir dipercepatkan. Nak pitam rasanya sebab masih banyak kerja ibu yang belum beres.

Fail panitia, fail kelab dan persatuan, buku2 latihan murid semuanya menuntut masa untuk disiapkan. Maklumat2 di papan kenyataan kelaspun belum lengkap. Dalam kesibukan macam ni, 24 jam sehari tu rasa macam tak cukup je. Tapi, kalau diberi 48 jam sehari pun, rasanya jauh dari mencukupi sebab hanya tinggal 2 hari lagi tetamu dah nak menjengah. Sejak semalam asyik mengadap fail sampaikan malam tadi mimpi nazir dok belek2 fail panitia huhu.. Kalau belek2 saje takpe juga, ni siap tanya itu ini.. 

Nampak gayanya, makan tidur dgn fail je lah sehari dua ni. Hajat nak cat kelas dan jahit alas meja murid terpaksa ditangguhkan. Silap2 hari bulan terus batal..
 


Rabu, 25 Januari 2012

Pelaling Goreng Berkicap

Ini lauk tengah hari semalam. Anak2 minta ibu masakkan ayam masak merah. Dah siap masak ayam, ibu yang tak berapa gemarkan ayam tak ada selera nak makan. Jadi, untuk layan selera sendiri, ibu masaklah lauk ikan ni. Kebiasaannya orang buat ikan tenggiri tapi ibu gantikan dengan ikan pelaling. Boleh je kan.. asalkan ikan.


 
Ini dia Pelaling Goreng Berkicap gaya ibu. Cara rakan2 mungkin tak sama kan?? Resipi ni biasa-biasa je. Tapi tak salah kalau nak kongsi kan..

PELALING GORENG BERKICAP

Bahan-Bahan:
  • 6 ekor ikan pelaling
  • 2 labu bawang besar - dimayang bulat-bulat
  • 2 sudu makan kicap
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan cili giling
  • 2 biji cili merah dibelah atau dihiris
  • Minyak masak utk menumis
    Garam dan gula

Cara memasak:
  1. Ikan dibersihkan, lumur garam kunyit dan goreng hingga garing.
  2. Kicap dan sos cili dicampur dan dibancuh dengan 1/2 cawan air. Ketepikan.
  3. Tumiskan cili giling hingga garing. Masukkan bancuhan kicap & sos tadi.
  4. Masukkan gula dan garam. Setelah mendidih masukkan ikan.
  5. Balik-balikkan dan masukkan cili merah dan bawang besar.
  6. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

Catatan:
  • Ikan pelaling boleh digantikan dengan ikan2 lain. (Kalau guna ikan tenggiri jangan sampai 6 ekor pulak)
  • Ibu tak masukkan gula sebab sos cili tu dah rasa manis.




Segar Berkhasiat: Jus Epal Susu


Sejuk je tekak bila tenguk jus epal hijau ni. Jus ni ibu buat semalam. Ibu siap hidang dalam gelas berkaki bunga ros pink lagi. Gelas tu dah masuk kategori antik tau. Usianya dah lebih 33 tahun.

Kita lupakan pasal gelas antik berbunga ros tu. Cer tengok jus tu.. Nampak terpisah jadi dua bahagian. Sebabnya, ibu letak susu. Jus epal hijau rasanya masam-masam manis. Apabila bercampur dengan susu, ia mendadih dan susu akan timbul.  Tapi tak menjadi masalah. Sebelum minum, kacaulah dulu supaya bercampur semula. Jom kongsi resepinya...

Resipi Jus Epal Susu

Bahan-bahan: 
  • 2 biji epal hijau  
  • 2 camca besar susu pekat manis 
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam
  • Ais kiub

Cara-cara  membuatnya:
  1. Kupas buah epal dan buangkan bijinya. Potong kecil-kecil.
  2. Kisar epal bersama susu pekat dan ais kiub.
  3. Tapis dan tuangkan ke dalam gelas.  
  4. Tambahkan sedikit garam (jika suka). Sedia untuk diminum. 
Kita semua maklum yang epal hijau ni banyak khasiatnya. Ibu sempat cari maklumat drp en google tentang khasiat epal hijau ni.



Khasiat Epal Hijau
Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Epal hijau mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh:
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru. 
  • Membantu mengekalkan berat badan. 
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma. 
  • Mengurangkan risiko barah. 
  • Membantu kesihatan tulang dgn menambah bahan kimia (boron) pd mineral tulang. 
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.


Contest "Add&Share" di FB Farishahfashion

Jom join..

Syaratnya amat mudah:
1) Masuk FB farishahfashion

2) Klik "Share" pd gambar di wall farishahfashion. Cth gmbr:-


3) Beritahu link FB atau PM je kata dah share.
Siap!

Hadiah:
  • 3 hadiah utama - couple set minyak wangi bernilai hampir RM50 
  • Saguhati - salah 1(lelaki/perempuan) bernilai lebih RM20 
  • Saguhati - belum ditentukan berapa org.. bergantung pada penyertaan
Jom join ramai2..

Tarikh tutup:
29 Februari 2012



Selasa, 24 Januari 2012

Giveaway tahun baru 2012

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani 

Ibu ingin memeriahkan satu lagi GA. 
Terima kasih buat Puan Kutu yang sudi tag ibu.


 
Terbuka kpd semua blogger Malaysia, Singapura dan Brunei (mesti ada blog @ at least FB)
Tarikh tutup: 20 Feb 2012

Ingin turut serta? Klik BANNER atau sini je..

Ibu tag Izan, Arena dan Ila 

 Giveaway Tahun Baru Ummihanie.com ini turut ditaja oleh UK Store, 



Isnin, 23 Januari 2012

Crochet: Minat yang Terpinggir

Dengan Nama Allah yangMaha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari ni ibu nak mulakan projek menjahit alas meja murid yang ditempah oleh rakan2 guru. Tapi, sebelum tu ibu nak kongsikan satu lagi minat ibu. Masa muda-muda dulu *terasa benar diri ni dah tua.. huhu ibu suka aktiviti kait-mengait. Bukan mengait buah tau sebab ibu takde dusun buah-buahan. 


Ibu suka buat crochet. Ini antara koleksi berwarna putih yang ibu ada. Beberapa koleksi doily yang sedang bergaya dalam almari dan rak, tak sempat ibu snap gambarnya. Lain kali ye..

 Alas meja bulat, koleksi pertama ibu
Alas meja bulat juga tapi saiznya lebih kecil


 Setiap pattern ni ada 6 pcs. Ada yang ibu jadikan doily dan kadang2 tukar fungsi jadi alas dulang.. hehe 

p/s: Rindu nak mengait semula tapi kini waktu tak mengizinkan.


Sayang-sayang Buah Kepayang

Tentu rakan2 ibu pernah dengar kiasan “Sayang-sayang buah kepayang, ditelan mabuk, dibuang sayang”. Kebiasaannya, kiasan ni ditujukan buat insan2 yang sedang mabuk bercinta. Sesuatu yang amat disayangi tetapi merosakkan. Itulah maksud sebenar kiasan tersebut.

Sebenarnya, ibu bukanlah nak mengupas maksud kiasan ni, tapi nak bercerita pasal buah kepayang. Buah kepayang atau nama saintifiknya Pangium Edule memang memabukkan dan rasanya pahit. Walau bagaimanapun jika diproses dengan cara yang betul, rasanya memang sedap tau. Maklumat lanjut tentang buah kepayang ada di sini.

Semasa ke rumah mak semalam, ibu berpeluang makan buah kepayang. Inilah rupanya.. 
Nak dapat rupa macam ni dan sedap pulak dimakan, buah kepayang perlu melalui beberapa proses. Ini yang ibu makan semalam. Beli yang dah siap diproses dan digaul dengan garam & kunyit.


Ibu cuba cari maklumat tentang buah kepayang. Inilah yang ibu blh kongsikan dgn rakan2.
Inilah rupa sebenar buah kepayang Macam buah nangka, di dalam buah ni terdapat bijinya. (sumber)

 
Biji buah kepayang inilah yang diproses untuk dimakan atau untuk tujuan perubatan (sumber)

Inilah rupa buah kepayang yang telah diproses (sumber)
Kalau nak tau cara memproses buah kepayang, klik sini.

Selain boleh dimakan, buah kepayang juga banyak khasiatnya. Nak tau apa khasiatnya? Ada di sini

Ps: Ibu orang kampung. Jadi, selera ibu memang selera kampung. Suka dengan makanan dan buah-buahan yang kini semakin jarang ditemui.


Ahad, 22 Januari 2012

Mayessa Faeeqa

Sebelum ni ibu dah buat entry tentang anak saudara ibu yang ke-17; Muhammad Addeenul Iman dan yang ke-19; Nurin Dhiya Qaleesya. Semalam ibu sempat posing dengan anak saudara ke-18; Mayessa Faeeqa. Faeeqa ni anak kepada adik ibu yang ke-8.

 
Faeeqa ni anak kedua. Si abangnya jual maha, tak nak bergambar. Nanti ibu pujuk2 lagi.

P/s: Mummy & daddy Faieqa jangan marah ye. Posing macam anak sendiri la pulak.


I luv Mum Giveaway @ lindarosman.com

Ibu sertai GA lagi..

GA "I luv Mum Giveaway @ lindarosman.com" yang dianjurkan oleh blog lindarosman.com ini sangat ringkas dan mudah untuk disertai.

 
Nak join?
Klik banner di atas atau sini
Tarikh tutup:30 Januari 2012

Sama-samalah kita memberikan sokongan
dan memeriahkan GA ni.
Moga ibu bertuah kali ini.. insyaallah

 p/s: Walaupun ibu takde anak kecil, tapi ibu ramai anak sedara tau..




My 2nd Giveaway

Jom Sama2 Memeriahkan

Pagi ni ibu nak sertai satu lagi GA.  
GA yang diberi nama "My 2nd Giveaway" ini dianjurkan oleh blog Lensa Kehidupanku. Jom sama2 memberikan sokongan dan memeriahkan GA ni.

  Ingin join sekali?
Klik banner di atas atau sini..
Tarikh tutup:10pm/24 Januari 2012

Harap2 kali ni ibu ada rezeki, insyaallah..




Jumaat, 20 Januari 2012

Ibu dan Bunga Ros

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari ni ibu nak berkongsi satu lagi minat ibu. Entah mengapa ibu ni minat sangat dengan bunga ros. Tak kisahlah warna apa, janji bunga tu bunga ros. Tapi, yang paling ibu suka sudah semestinya ros pink seperti yang ibu jadikan gambar profil FB ibu tu.

Walaupun minat sangat dengan bunga ros, ibu tak dapat tanam pokoknya sebab kawasan rumah ibu sempit dan dah berbumbung semuanya. Jadi, setiap sudut teratak kami ni hanya dihiasi bunga tiruan je lah. Nak beli bunga hidup rasa membazir pulak.. *ayat orang tak cukup rm.. hehe



Orang lain letak gambar sendiri kat frame comei ni. Tapi sebab suka sangat dengan ros, tepek aje lah gambar ros. Boleh juga jadi terapi minda kala diri diselubungi stresssss.

P/s: Tentu rakan2 ibu pun ada bunga kesukaan. Bunga apa ye?


Khamis, 19 Januari 2012

Keturunan Aji Mamat.. Alahai Anak Muridku

Dengan Nama Allah Yang Maha PengasihLagi Maha Penyayang

Hari ni ada mesyuarat lagi kat sekolah ibu. Macam2 mesyuarat dah minggu ni. Bermula dengan perjumpaan guru-guru kelas, mesyuarat panitia, mesyuarat kokurikulum, dan hari ni mesyuarat kurikulum pulak. Fuhh.. memang berasap la..

Encik Ayub yang mempengerusikan mesyuarat Kokurikulum semalam

Antara rakan guru yang hadir

Mesyuarat kokurikulum ni membincangkan persiapan untuk menerima kunjungan para nazir bagi pemantauan calon "new deal" 2011. Antaranya, kami diminta menyemak buku laporan kokurikulum murid2. Bagi memudahkan guru2 membuat semakan, kami diberikan sebuah buku setiap sorang.

Tiba-tiba, suasana gamat dengan tawa beberapa orang rakan guru. Apabila rakan di sebelah ibu minta ibu membaca catatan seorang murid, ibu tak boleh tahan lalu ketawa pecah perut (tak lah, ibu ketawa sopan je tau) Tapi, kalau dalam bilik tu perempuan semuanya, mau ibu ketawa guling2.. Nak tau, apa sebabnya?

Maklumat yang perlu ditulis dalam buku laporan kokurikulum tu ialah:
Nama:
Tarikh lahir:
Jantina:
Agama:
Keturunan:

Murid ibu ni dah melengkapkan semua maklumat tersebut. Semuanya ok kecuali 'keturunan'. Nak tau apa yang ditulis oleh anak murid bertuah sorang tu?? Di ruangan keturunan tu tertulis "AJI MAMAT". Bayangkan.. manalah cikgu2nya tak ketawa bagai nak roboh bilik mesyuarat.

Hari ni, semasa sesi bersama murid2, dengan muka penuh yakin dan tanpa rasa bersalah, keturunan aji mamat sorang ni beritau, "Memang saya keturunan aji mamat sebab mak cakap macam tu." Sekali lagi, bergegar sekolah ibu dengan hilai tawa guru2.

p/s: Terpaksalah guru-guru menerangkan maksud "keturunan" yang diminta dalam buku tersebut.


Rabu, 18 Januari 2012

Sup Kentang

Sampai di rumah hari ni dah pukul 2.00 petang. Letak beg, ibu terus ke dapur. Ibu kena cepat sebab pukul 2.30 Faiq dah nak ke sekolah agama. Memandangkan dah kesuntukan masa, ibu hanya sempat masak yang ringkas-ringkas je..

Sup Kentang

Resipi Sup Kentang

Bahan-bahan:
  • 4 biji kentang - dibelah 4
  • 1 biji tomato - dibelah 4
  • 1 batang lobak merah - dipotong bulat2
  • 100 gram fucuk - dipotong dan rendam
  • soo hoon - dikerat dan rendam
  • 5 biji bawang merah - dihiris
  • 3 ulas bawang putih - dihiris/ketuk
  • 1 sudu udang kering - direndam dan tumbuk kasar
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • daun sup - dihiris
  • serbuk lada hitam
  • bawang goreng
  • garam
*ibu gantikan udang kering dengan ikan bilis sebab udang di rumah ni memang dah kering pun

Cara-cara Menyediakannya
  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering. 
  2. Masukkan kentang dan tuang air secukupnya. Masak hingga kentang separuh empuk. 
  3. Masukkan tomato, fucuk dan soo hoon.
  4. Tambah garam secukup rasa dan biar mendidih. Masak sehingga kentang empuk. 
  5. Taburkan serbuk lada hitam, hirisan daun sup dan bawang goreng.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

*Resipi asal tak letak tomato dan carrot. Ibu saja tambah dua bahan tu sebab Faiq suka sangat makan carrot. Tomato tu pulak, kegemaran ibu. 

p/s: Penangan sup kentang2 kali Faiq tambah nasi. Penyudahnya, lambat ke sekolah agama hari ni.


Isnin, 16 Januari 2012

Penantian Bakal Bernoktah; Syukur ke hadrat-Nya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari ni ibu dan ayah cuti kerana urusan yang sangat penting. Selepas Subuh, ayah dan ibu pos anak-anak ke rumah adik-adik ibu. Jadi, masing-masing ke sekolah dengan Mak Anjang dan Mak Ude. Terpaksa sebab ayah mesti berada di Kuantan sebelum pukul 9 pagi.

Destinasi ibu dan ayah hari ni..

v



v



v



v



v

Mahkamah Tinggi Kuantan

Alhamdulillah, walaupun terpaksa melalui kesesakan jalan raya di bandar Kuantan, akhirnya kami tiba di pekarangan mahkamah tepat jam 9.50 pagi.. Ingatkan kami dah lewat. Rupa-rupanya...

Kami yang paling awal tiba.

Ibu dan ayah ke Mahkamah Tinggi Kuantan untuk menyelesaikan satu kes yang menghantui kami sekeluarga sejak lebih 10 tahun yang lalu iaitu sejak kami bermastautin di Mersing.

Walaupun dijadualkan bermula pukul 9.15 pagi, tetapi disebabkan suatu perkara yang tidak dapat dielakkan, urusan hanya bermula pukul 10.15 pagi. Selesai sahaja urusan pada pukul 10.45 pagi, ibu dan ayah terus ke Temerloh untuk menunggu Along di terminal bas Temerloh. 

Sementara menunggu Along, ibu dan ayah sempat shopping.

Lama juga ibu dan ayah di sini sebab tak jumpa yang berkenan di hati ayah

 Kesian cik adik ni, kena selongkar nak cari saiz yang sesuai dengan ayah.

 Jemu mencari, ayah mengalah dan ajak ibu beredar tapi ibu paksa ayah cari sampai jumpa sebab dah lama baju dan seluar ayah tak berganti.


Jenuh jugalah menunggu ayah keluar masuk kamar comel ni. 
Akhirnya, jumpa juga dengan yang berkenan di hati.

Dah siap bayar, tunggu pulak cik adik ni potong dan jahit kaki seluar. Bukan ibu tak boleh jahit sendiri, tapi ayah yang berkeras suruh siapkan terus. (ibu tau, sebenarnya ayah bimbang kalau ibu yang jahitkan, bulan depan belum tentu ayah dapat pakai seluar tu.. hehe)

Along sampai pukul 3.30 petang. Kami terus pulang dan tiba di rumah pukul 4.40 petang. 

p/s: Insyaallah, tiba masa yang sesuai, ibu akan kongsikan cerita mengapa ibu dan ayah ke mahkamah.



Ahad, 15 Januari 2012

Tambah Ilmu Lagi

LADAP-KSSR

Semalam sekolah ibu mengadakan kursus dalaman KSSR. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kini, ramai yang dah celik KSSR. Sebelum ni, guru-guru yang mengajar tahun 1 dan 2 sahaja yang diberi pendedahan tentang KSSR melalui kursus2 yang diadakan. 

Semasa temuduga tahun lepas ibu diasak dengan pelbagai soalan berkaitan KSSR ni. Alhamdulillah ibu dapat jawab sebab dah buat persediaan awal. Memang berasap habis.. (ada juga soalan yang kena ulang dua tiga kali baru boleh jawab.. hehe) Walaupun ibu tak mengajar tahun 1 dan 2, sebagai ketua panitia kena juga ambik tau. Tapi, ibu hanya tahu dari segi teorinya sahaja. 

Rupa-rupanya secara praktikal, memang kesian dengan guru-guru tahun 1 dan 2. Banyak sungguh kerja yang perlu dibuat.  Apa-apapun, tahniah buat mereka.. Teruskan khidmat kalian yang cemerlang tu.

 Setiausaha LADAP sedang mempengerusikan majlis

 
Para ustaz dan ustazah sedang mengikuti bengkel Penyediaan Rancangan Mengajar

Guru-guru Bahasa Inggeris begitu tekun menyediakan RM sambil dipantau oleh su LADAP

Inilah group ibu yang terdiri daripada guru-guru Bahasa Melayu.
Cer teka.. ibu yang mana satu? 
(hadiahnya.. penginapan di rumah sendiri.. hehe)


p/s:  Kepada rakan-rakan yang sudi menjengah ke blog ibu ni, silalah isi Mister Linky's Magikal Widgets yang ibu pasang di bahagian bawah blog ini. Terima kasih..



Sabtu, 14 Januari 2012

Antara Harapan dan Tanggungjawab

Anak-anak tak siap kerja sekolah

Baru 2 minggu sesi persekolahan dibuka, ibu dah sakit kepala. Sudahlah bertimbun kerja yang perlu disiapkan, murid-murid pulak buat hal. Awal-awal lagi hampir separuh kelas tak siap kerja rumah..

Jom hayati dialog masa ibu tengah naik angin..

Cikgu: Susah ke kerja yang cikgu bagi semalam?
Cikgu: Tak susah kan.. Dah bincang pun jawapannya dalam kelas semalam.. Lagipun, masa cikgu tanya semalam semua kata boleh.
Cikgu: Banyak ke kerja yang cikgu bagi semalam?
Cikgu: Tak banyak kan? Cikgu dah tanya cikgu-cikgu lain sebelum cikgu bagi kerja tu..
Cikgu: Habis.. ngapa kerja tak siap? 
Cikgu: Saje kan.. kalau tak siap cikgu bukan boleh buat apa pun.. kalau denda pun setakat siapkan kerja kat luar kelas je..

Ye.. dialog tu sebenarnya dialog ibu sorang-sorang. Ibu yang tanya, ibu juga yang jawab. Kalau ibu minta murid-murid yang jawab, ibu dah tau jawapannya. Ada yang akan kata pergi rumah neneklah, jaga adiklah, lupalah dan jawapan yang paling kerap diberi, buku tertinggal kat rumah. Sebenarnya, ibu dah ajar murid-murid ni sejak tahun lepas. Dah arif benar dengan helah mereka kalau tak siap kerja rumah.

Masa ibu sekolah dulu, kalau tak siap kerja sekolah, tak payah cakap banyak. Hulur je tangan untuk dirotan. Tapi, kalau ibu buat macam tu sekarang, jenuh GB mengangkat gagang telefon melayan aduan ibu bapa.

Rasanya semua ibu bapa maklum bahawa mendidik anak ni tanggungjawab bersama. Bukan terletak di bahu guru-guru sahaja. Sewaktu perjumpaan dengan ibu bapa atau semasa mesyuarat PIBG pun, mereka selalu diingatkan tentang tanggungjawab mereka memantau kerja rumah anak-anak. Tapi, gejala tak siap kerja rumah ni masih berleluasa. Sebagai guru, sudah tentu ibu sangat2 kecewa. 

Wajarkah ibu bapa menaruh harapan yang tinggi untuk melihat anak-anak cemerlang dalam UPSR jika tanggungjawab ni tak dilunaskan??

Makin bertambah kondominium kat meja ibu ni..




Gara-gara Gatal Tangan

Pagi tadi ibu ke sekolah kerana menghadiri kursus dalaman berkaitan KSSR. Habis kursus jam 12.15 tgh, GB beri taklimat ringkas berkenaan pemantauan nazir untuk sekolah calon 'New Deal'. Alhamdulillah, tahun ni sekolah ibu tercalon buat kali yang kedua.

Sebelum ke sekolah pagi tadi, sambil menyiapkan kerja, ibu melayan tangan ibu yang gatal ni. Biasalah ibu ni, tak suka dengan benda yang sama je. (tak semua perkara macam tu tau.. dalam hal2 tertentu ibu setia dengan yang lama.. hehe). Setelah jenuh mengerjakan Adobe photoshop dan Photoscape, akhirnya terhasillah header baru bagi blog baru ibu ni..



Rasanya, (bagi tuannya yang perasan nilah..) yang ini ok sikit kot.. taklah nampak kaku macam yang lama kat bawah ni.. 





Apa-apapun gambar ibu dan anak-anak tu ibu kekalkan. Simbolik kepada tuan tanah yang juga punya dua putera dan tiga puteri..

Apa pendapat rakan-rakan ibu pulak?


COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA