Isnin, 8 Oktober 2012

Hargailah Sebelum Terlewat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 

Ini entry jamu mata versi alam semula jadi, bukan versi makan-makan atau versi deko-deko rumah ye...  Jom hayati  panorama indah anugerah Allah di bumi China. 

 Taman Perlindungan Tanah Paya Xixi.
Tenang je..

 
Air Terjun Huangguoshu -  air terjun paling lebar dan tinggi di China dan yang ketiga di dunia. Tingginya 77.8 meter dan lebarnya 101 meter

 
Tasik Kanas ("tasik dalam lembah" dalam bahasa Mongol) di kaunti Burqin Altay, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Indah sekali sehingga digelar "tempat suci di bumi"

Zhangjiajie - taman geologi China. Pemandangan alam yang cukup misteri. Jangan tak tau!!!! Penggambaran filem Avatar juga dibuat di sini

Alam semula jadi merupakan anugerah yang tak ternilai daripada Maha Pencipta buat hamba-Nya. Sebagai khalifah di muka bumi ini, kita dipertanggungjawabkan untuk memelihara amanah yang bakal diwariskan kepada anak cucu kita. Marilah kita menjadi insan yang bertanggungjawab bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada generasi akan datang. 

Sumber:  CRI


2 ulasan:

  1. subhanallah.. tak tergambar rasanya dgn kata2 bila tgk alam ciptaan Allah yg serba indah ni. terpukau dibuatnya.

    BalasPadam
  2. Subhanallah...memang indah ciptaanNya...gambar last tue memang betullah...Penggambaran filem Avatar..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA