Jumaat, 9 Disember 2011

Dalam Kenangan: Suka Duka 2011

Banyak kenangan manis sepanjang 2011 ini. Alhamdulillah. Hari ini ibu ingin berkongsi kenangan manis dalam kerjaya ibu.

 
5A dalam genggaman 

Sudah tentu ibu dan rakan-rakan sekerja gembira setelah 39 daripada 126 orang calon UPSR sekolah ibu berjaya memperoleh 5A. Sekali lagi sekolah ibu berjaya meningkatkan kecemerlangan.

Paling menggembirakan ibu apabila semua murid kelas ibu, seramai 33 orang berjaya memperoleh A bagi subjek yang ibu ajar; Pemahaman & Penulisan. Syukur Alhamdulillah.

Tahniah buat semua guru dan murid 6 Harmoni 2011, juga buat semua calon yang memperoleh 5A. Bagi yang kurang berjaya, teruskan usaha dan jangan sesekali berputus asa. Ini hanyalah langkah permulaan. Lebih banyak ujian bakal kalian tempuhi. 

Ibu tak sempat bergambar sama kerana terpaksa bergegas ke sekolah Faiz. Di sana juga ada berita gembira buat ibu dan ayah.

Nanti ibu ceritakan ya..


2 ulasan:

  1. Oh kak ibu mengajar pemahaman dan penulisan...

    tak boleh geng dengan Qayyum le tu..

    BalasPadam
  2. Bangga bila anak didik peroleh kejayaankan? Tahniah

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA